|
Written by AdminPSS
|
|
Tuesday, 12 May 2009 |
|
Salam untuk semua, Untuk makluman tetamu, PSS SDAR telah mewujudkan blog sendiri bagi melancarkan lagi urusan maklumat PSS dilakukan. Segala maklumat terkini mengenai PSS dan aktiviti sekolah, kini boleh diperolehi di blog berikut http://psssdarseremban.blogspot.com . Diharapkan media baru penyebaran maklumat ini dapat dimanfaatkan untuk keperluan semua. Terima kasih diatas sokongan dan kerjasama. |
|
Last Updated ( Tuesday, 12 May 2009 )
|
|
|
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR |
|
Written by AdminPSS
|
|
Monday, 27 April 2009 |
|
20 April, Isnin - Seramai 19 orang Pengawas PSS SDAR dengan diiringi oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) telah mengadakan program lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Lawatan ini merupakan salah satu program tahunan Pengawas PSS SDAR untuk tahun 2009. Peluang menyertai program besar peringkat antarabangsa ini telah dapat mendedahkan kepada para pengawas PSS betapa Malaysia juga kaya dengan pelbagai bahan ilmu bercetak. Menghimpunkan sebanyak lebih kurang 170 syarikat penerbitan dan pengedar-pengedar buku, para pengawas PSS telah mengambil peluang untuk mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan di booth-booth yang menawarkan bahan bacaan yang sesuai. Para pengawas PSS menghabiskan masa lebih kurang 5 jam di pesta ini dan membawa pulang sekurang-kurangnya 3 bahan bacaan pilihan masing-masing. Mereka juga telah membuat 'listing' buku-buku yang sesuai dibeli untuk dijadikan koleksi perpustakaan seperti yang diarahkan oleh GPM sebelum sampai ke pesta ini. Masing-masing pulang dengan wajah kepuasan meskipun kelihatan agak keletihan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini adalah agenda 'mesti' PSS SDAR setiap tahun. |
|
Last Updated ( Monday, 27 April 2009 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 5 of 13 |