Main Menu
Home
News
Contact Us
Search
FORUM
Chat Room
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
jPFChatOnline

No users online

 


 

SELAMAT BERCUTI PANJANG
Written by AdminPSS   
Tuesday, 02 December 2008

Tahniah kepada para pelajar Tingkatan 5 2008 kerana telah berjaya menduduki SPM dengan sempurna. Debaran menduduki peperiksaan telah berakhir dan kini debaran menanti keputusan pula akan mengganggu. Walaupun masih lama lagi untuk memperoleh keputusan ini, namun begitu janganlah terus leka dengan cuti yang panjang. Tawakkallah kepada ALLAH agar keputusan yang diperoleh nanti cemerlang. Musim cuti yang panjang ini isikanlah dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Janganlah disia-siakan masa yang terluang ini. Sebaiknya banyakkan membaca(buku fiksyen).

PSS ingin mengucapkan 'SELAMAT BERCUTI PANJANG' kepada pelajar Warisan 04'8. Kepada para pelajar SDAR yang lain, 'SELAMAT BERCUTI' dan jumpa lagi di sesi persekolahan 2009

 
SEMOGA BERJAYA!
Written by AdminPSS   
Wednesday, 08 October 2008

Musim peperiksaan semakin hampir! Kepada pelajar Tingkatan 3, PMR akan menjelang beberapa hari lagi. SPM, walaupun masih jauh, kehadirannya ditunggu dengan penuh debaran. Bagi pelajar Tingkatan 4, 2 dan 1, peperiksaan akhir tahun juga semakin hampir.

Oleh itu, PSS ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua pelajar dan didoakan semoga usaha selama ini akan membuahkan kejayaan. Kepada calon PMR dan SPM, curahkanlah segala ilmu yang diperolehi di atas kertas jawapan nanti dan naikkanlah semula nama SDAR di persada pendidikan negara. Zahirkanlah moto 'TERBILANG TRADISI KAMI'.

 

Last Updated ( Wednesday, 08 October 2008 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 5 of 8

 
HTML Templates by Interspire & Mambo Templates by iWEBTEAM & Co