Wednesday, 11 August 2010 00:40
Written by Admin
Alhamdulillah, akhirnya Masjid Al Quds SDAR telah berwajah baru. Hasil daripada sumbangan yang diberikan, maka dapatlah tahun ini Masjid Al Quds SDAR berwajah baru. Dengan adanya karpet baru ini, diharapkan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah menunaikan ibadah solat di masjid SDAR kelak.
Pihak sekolah dan juga PIBG SDAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan (YDP SDAR Alumni) dan juga pihak SDARA yang telah banyak membantu pihak sekolah bagi merealisasikan projek pemasangan karpet baru ini. Ucapan ribuan terima kasih turut diberikan kepada ibu bapa pelajar SDAR dan juga insan - insan yang telah sudi memberi sumbangan bagi membantu kutipan Dana Karpet Masjid Al Quds SDAR. Semoga apa yang telah disumbang akan mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.
http://i45.photobucket.com/albums/f80/picpibg/masjid/Karpet2.jpg