Tuesday, 06 July 2010 00:00
Written by Admin
6 JULAI 2010 - Y.B Dato' Ahmad Shabery bin Cheek telah mengadakan lawatan kerja ke SDAR bertujuan untuk merasmikan gelanggang futsal SDAR. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan serta para pegawainya, para pegawai JPNS dan PPD Seremban serta tetamu yang lain.
Menurut beliau, SDARIAN perlu menjaga personaliti dan membina watak serta ketrampilan diri agar menjadi pemimpin negara pada masa akan datang sejajar dengan slogan SDAR 'BERILMU UNTUK BERJASA'. Semoga kata-kata semangat yang beliau beri sebagai SDARA menjadi aspirasi kepada seluruh warga SDAR khususnya para pelajar agar terus berusha meletakkan nama SDAR ke tahap yang lebih tinggi sesuai dengan statusnya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Dipetik daripada laman blog prefek SDAR