Text Size
09 Sep, 2010
                                                                                                       
Click on the slide!

Laman Utama

Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Dato Abdul Razak bagi sesi 2010

Click on the slide!

SDAR Antara 20 Sekolah Berprestasi Tinggi

News >> Latest

    Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah yang telah berusaha keras sehingga berjaya tersenarai di dalam 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi.…

More...
Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

IHYA RAMADHAN

Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Program Ihya Ramadhan telah dilancarkan oleh pihak BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak. Acara kemuncak bagi program yang telah berlangsung adalah Majlis Berbuka Puasa bersama warga SDAR, terdiri daripada warga guru, pelajar dan diserikan juga dengan kehadiran tetamu jemputan. Sebelum majlis bermula, terlebih dahulu para hadirin telah menghadirkan diri dalam satu program Forum Ramadhan yang telah dilaksanakan di Masjid Al-Quds SDAR. Pelbagai perkara telah dibincangkan para panel jemputan terutamanya berkaitan dengan penghayatan yang perlu pelajar hayati sepanjang menjalani ibadah puasa tanpa meninggalkan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar.


Alamat Emel Admin Baharu

Buat pengetahuan umum, admin sdaronline telah mengubah alamat emel yang lama kepada yang baharu iaitu,

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hantarkan kepada emel baharu ini.

 

http://sdaronline.edu.my/sdar/templates/rt_quantive_j15/images/banner.png

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Hari Isnin  yang lepas (16 Ogos 2010), dengan rasminya SDAR telah melancarkan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria Md Zin, Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Encik Ibrahim B Haron selaku ketua projek/program bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan ini. Penglibatan dari warga SDAR terutama pelajar, dalam menjayakan projek/program ini amat dialu - alukan. SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN. Bersama - samalah kita menghargai jasa - jasa pejuang kemerdekaan , iaitu dengan mempertahankan kedaulatan negara kita MALAYSIA.

 

Pemasangan Karpet Baru di Masjid Al Quds SDAR

Alhamdulillah, akhirnya Masjid Al Quds SDAR telah berwajah baru. Hasil daripada sumbangan yang diberikan, maka dapatlah tahun ini Masjid Al Quds SDAR berwajah baru. Dengan adanya karpet baru ini, diharapkan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah menunaikan ibadah solat di masjid SDAR kelak.

Pihak sekolah dan juga PIBG SDAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Datuk Dr. Haji Abdul Latiff Bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan (YDP SDAR Alumni) dan juga pihak SDARA yang telah banyak membantu pihak sekolah bagi merealisasikan projek pemasangan karpet baru ini. Ucapan ribuan terima kasih turut diberikan kepada ibu bapa pelajar SDAR dan juga insan - insan yang telah sudi memberi sumbangan bagi membantu kutipan Dana Karpet Masjid Al Quds SDAR. Semoga apa yang telah disumbang akan mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah.

K.5 K.3 K.4
K.6 K.7 K.8
K.1 K.2 Karpet_2
http://i45.photobucket.com/albums/f80/picpibg/masjid/Karpet2.jpg

More Articles...

Page 1 of 23

Start
Prev
1