Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Program Ihya Ramadhan telah dilancarkan oleh pihak BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak. Acara kemuncak bagi program yang telah berlangsung adalah Majlis Berbuka Puasa bersama warga SDAR, terdiri daripada warga guru, pelajar dan diserikan juga dengan kehadiran tetamu jemputan. Sebelum majlis bermula, terlebih dahulu para hadirin telah menghadirkan diri dalam satu program Forum Ramadhan yang telah dilaksanakan di Masjid Al-Quds SDAR. Pelbagai perkara telah dibincangkan para panel jemputan terutamanya berkaitan dengan penghayatan yang perlu pelajar hayati sepanjang menjalani ibadah puasa tanpa meninggalkan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





























