Tuesday, 27 April 2010 08:00
Written by Admin
Pertandingan Debat antara Sekolah di Universiti Islam Antarabangsa telah diadakan pada 16-21 April yang lalu. Sekolah Dato' Abdul Razak telah menghantar satu pasukan untuk kategori debat Bahasa Melayu dan satu pasukan untuk kategori Bahasa Inggeris.
Bagi kategori debat Bahasa Melayu, SDAR telah diwakili oleh Muhammad Luqman Sufyan bin Junaidi sebagai speaker pertama, Muhammad Thalhah bin Kamarozaman sebagai speaker kedua, Adzlan Qushaimi bin Jamaludin sebagai speaker ketiga, dan Muhammad Mustaqim bin Marsidi sebagai speaker simpanan. Berikut merupakan laporan perjuangan mereka pada pertandingan ini.
Pusingan Pertama
SDAR menentang Sekolah Seri Puteri
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Luqman Sufyan (SDAR)
Pusingan Kedua
SDAR lwn MRSM Pengkalan Chepa
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)
Pusingan Ketiga
SDAR lwn SMK Jitra
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)
Pusingan Keempat
SDAR lwn SMAP Kajang
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMAPK
Pusingan Kelima
SDAR lwn SMI Hidayah (Johan debat UIA 2009)
Keputusan: SDAR menang
Pendebat Terbaik: SMI Hidayah
SDAR telah mendapat tempat pertama dalam kedudukan sekolah-sekolah yang bertanding
Pusingan Terakhir
SDAR lwn SMAP Labu
Keputusan: SDAR tewas
Pendebat Terbaik: Adzlan Qushaimi (SDAR)
Selepas pusingan terakhir, SDAR telah jatuh ke tempat ketiga dan telah layak ke pusingan octo-final iaitu pusingan kalah mati. Pada pusingan ini, SDAR telah menentang SMAP Kajang sekali lagi. Pada pusingan ini, nasib tidak memihak kepada SDAR apabila kemenangan berpihak kepada pasukan SMAP Kajang. Dengan keputusan ini, perjuangan SDAR dalam pertandingan ini telah berakhir.
Walaupun pasukan debat Bahasa Melayu SDAR telah kecundang pada peringkat octo-final, perkara yang membanggakan seluruh warga SDAR adalah apabila SDAR telah menjadi satu-satunya sekolah yang mempunyai ketiga-tiga pendebat dalam ranking 15 teratas pertandingan. Muhammad Luqman Sufyan telah mendapat tempat ke-12, Muhammad Thalhah di tempat ke-9 dan Adzlan Qushaimi telah menyandang tempat ke-3.
Akhir sekali, LPP sentiasa mendoakan kejayaan pasukan debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam semua pertandingan debat yang mereka sertai. Semoga masa hadapan menjanjikan kejayaan SDAR yang lebih membanggakan pada peringkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.
Dipetik dari laman blog prefek SDAR