Saturday, 30 August 2008 19:49
Written by Admin
Pada 26 - 29 Ogos, Pasukan Formula One SDAR (DAGES F1) telah menyertai pertandingan F1 In School Peringkat Zon Selatan-Tengah (N. Sembilan dan Wilayah Persekutuan). Sebanyak 54 pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. DAGES F1 telah dianugerahkan BEST SPONSORSHIP AND MARKETING AWARD dan 1st RUNNER UP OVERALL dalam pertandingan tersebut. TAHNIAH diucapkan kepada pasukan SDAR. Pihak SDAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua syarikat-syarikat dan individu yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga dan juga material untuk membantu pasukan ini menyertai pertandingan tersebut. Jutaan terima kasih kepada TENAGA NASIONAL BERHAD, selaku Penaja Utama pasukan ini, juga kepada HEKMAT RESOURCES, SS INDUSTRIES, KPJ HEALTHCARE DAMANSARA SPECIALIST dan juga SYARIKAT PERCETAKAN TABAH.