|
Mesyuarat Agung PIBG SDAR |
|
Written by Admin
|
|
Friday, 05 March 2010 |
|
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-31 bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Dato' Abdul Razak akan diadakan pada 6 Mac 2010. Mesyuarat akan bermula pada pukul 11.00 pagi iaitu selepas program Hari Temu Mesra SDAR. Berikut adalah agenda mesyuarat tersebut: 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SDAR 2008/10 2. Ucapan Pengetua Cemerlang 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 30. 4. Perkara - perkara berbangkit. 5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan 2009/2010. 6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan 2009. 7. Pembubaran AJK PIBG 2008/2010. 8. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat Sementara. 9. Pelantikan Pencatat Mesyuarat Sementara. 10. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2010/2012. 11. Pembentangan Usul dan Cadangan. 12. Ucapan Penangguhan Yang Dipertua PIBG SDAR 2010/2012. |
|
Last Updated ( Saturday, 06 March 2010 )
|
|
|
Program Mentor-Mentee kali ke-2 |
|
|
Karnival Kokurikulum SDAR-SSAS |
|
Written by Admin
|
|
Sunday, 28 February 2010 |
|
Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan karnival kokurikulum 2010 buat julung-julung kalinya bersama dengan Sekolah Sultan Alam Shah. Karnival selama 3 hari ini bermula pada 26-28 Februari 2010 bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Karnival yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi, sekolah premier dan sekolah berasrama penuh ini (SBP). Bertepatan dengan saranan Ketua Pelajar SDAR yang berhasrat membawa slogan 1SBP untuk disemai dalam diri semua pelajar SDAR. Antara acara yang telah dijalankan ialah perlawanan debat bahas melayu dan bahasa inggeris, perlawanan bola sepak, bola keranjang dan juga sukan olahraga. Keputusan pertandingan-pertandingan tersebut ialah seperti berikut:
Perlawanan Bahas Bahasa Melayu: Usul : 'Sekolah Berprestasi Tinggi Satu Diskriminasi' SDAR : Kalah SSAS : Menang
Perlawanan Bahas Bahasa Inggeris: Usul : THBT social networking is corrupting our society SDAR : Menang SSAS : Kalah
Perlawanan Bola Keranjang: SDAR : Menang SSAS : Kalah
Perlawanan Bola Sepak: SDAR: kalah SSAS: Menang
Perlawanan Sukan Olahraga : SDAR: Kalah SSAS:Menang
Dengan keputusan tersebut maka piala SASDAR KALI PERTAMA di menangi oleh SSAS.
PARA GURU YANG HADIR MENYAKSIKAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG SDAR VS SAS
BERGAMBAR KENANGAN SELEPAS MENEWASKAN SAS

Kepenatan : Selepas tewas dengan SAS Dipetik dari laman blog prefek SDAR
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
| Results 1 - 6 of 62 |